Ada juga beberapa pertanyaan tentang perkara ini. PCOS adalah penyakit khusus untuk orang perempuan. Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah sejenis penyakit dimana hormone yang tidak seimbang mungkin menimbulkan kesakitan, haid yang tidak menentu, ketidak suburan, kenaikan berat badan, bulu badan yang berlebihan dan mungkin ada tanda-tanda penyakit diabetes. Pengeluaran insulin yang tidak normal dan/atau halangan insulin menjadi penyebab penyakit PCOS ini.
Terdapat beberapa testimoni akan kebersanan program diet rendah karbohidrat seperti SD2 yang dapat membantu mereka yang berpenyakit PCOS menurunkan berat badan, membendung simtom penyakit PCOS dan menghidari komplikasi jangka panjang. Namun begitu, anda perlu faham bahawa penurunan berat anda agak lebih perlahan dari orang biasa dan perlu bersabar sedikit ketika berdiet serta perlu memikirkan cara pemakanan sebegini untuk masa yang lebih panjang. Saya juga mensarankan untuk anda mengambil supplement tambahan seperti kolostrum Alphalipid, Evening Primerose Oil atau Flaxseed Oil untuk mengimbangkan hormone anda secara semulajadi untuk berdiet dan juga pengekalan kesihatan yang lama
No comments:
Post a Comment