1. Campurkan 2 skup SDII kedalam lebihkurang 250 ml air, goncang atau kacau sehingga larut dan minum. Ambil SDII sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Boleh ambil sebelum atau selepas makan.
2. Pilih makanan yang rendah karbohidrat (tidak lebih dari 35 gm sehari) dan makanlah sekurang-kurang tiga (3) kali sehari. Boleh makan lagi sekiranya merasa lapar.
3. Campurkan makanan anda dengan Lite Salt (garam makanan) atau/dan Lite Seasoner untuk menambah potassium didalam makanan yang anda makan. Mineral yang cukup penting untuk mengelakkan rasa lenguh anggota badan atau kekejangan kaki jika kekurangan elektrolit didalam badan ketika berdiet.
4. Amalkan pengambilan 2 sudu teh cuka apple (Apple Cider Vinegar) setiap hari supaya pembakaran lemak dibadan dapat ditingkatkan.
5. Ambil 4 sudu teh minyak “cold pressed” seperti minyak zaitun setiap hari. Boleh tambahkan dengan mengambil 2 biji kapsul Flaxseed Oil atau lain-lain minyak/lemak didalam ketegori asid lemak yang diperlukan (Essential Fatty Acids).
6. Ambil FiberMax atau serat makanan sebanyak 1 sudu besar kedalam segelas air kosong dan minum sebelum setiap kali kita makan. Ianya melawaskan pembuangan air besar dan juga membantu penurunan berat badan.
7. Minum air kosong atau air mineral sekurang-kurangnya 2 litre sehari. Tambah minuman anda dengan meminum teh hijau atau teh herba yang sudah dinyah keffein dan tanpa gula.
8. Jangan biarkan diri anda berlapar ketika berdiet. Berlapar hanya akan merendahkan metabolism anda dan melambatkan pembakaran lemak.
9. Lakukan ujian air kencing dengan Keto sticks setiap hari untuk mempastikan pemakanan anda sudah betul mengikut keperluan berdiet. Dapatkan warna pink setiap hari untuk penurunan berat badan yang lebih banyak.
10. Jalanilah cara hidup yang aktif seperti mengamalkan menggunakan tangga dari menaiki lift bagi tingkat yang rendah atau parkir kenderaan di tempat yang jauh supaya anda boleh beriadah secara tidak langsung. Jika mampu bersenamlah selama 30 minit setiap hari untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Pilihlah senaman aerobic yang mempercepatkan dengup jantung anda (cardio exercise) seperti berjongging atau berbasikal.
No comments:
Post a Comment