Alhamdulillah....feedback dari rakan2 yang berSD2... semuanya berpuas hati dengan penurunan berat badan dengan cara yang sangat mudah... Yang seronoknya...masing-masing tak perlu nak ikat perut untuk kurus kerana diwajibkan makan 3 kali sehari.... Namun, berlainan orang, berbeza jumlah lemak yang telah terbakar... ada yang 5kg dalam masa 2 minggu.. ada yang 8kg..ada juga yang 7 kg...dan yang paling kurang 3kg dalam masa 2 minggu..... KENAPA ya?
Sebenarnya, apabila kita mula berdiet dengan betul atau berdiet didalam fasa induksi, kita akan mengalami penurunan berat yang banyak untuk kali pertama didalam hidup kita. Penurunan berat ini akan berlebihan dari biasa kerana selalunya ini termasuk juga penurunan berat air didalam badan kita pada minggu pertama berdiet. Selepas dari itu barulah penurunan berat badan berlaku dari lemak yang dibakar. Orang yang terlebih berat selalunya akan turun lebih banyak daripada orang yang kurang berat apabila memulakan diet ini.
Penurunan berat yang terlalu cepat ini adalah penurunan berat yang semulajadi iaitu mengikut kemampuan badan kita sendiri membakar lemak dan isu ini hanya perlu diambil perhatian sekiranya:-
A. ~~ Anda masih berlapar atau kurang makan yang akan menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Untuk hanya membakar lemak, pastikan anda tidak meninggalkan waktu makan yang biasa serta mengambil jumlah makanan yang cukup. Jika anda tidak merasa lapar pada waktu makan yang sepatutnya, masih perlu mengalas perut dengan makanan beserta tambahan suplemen SD2. Jangan lupa untuk meminum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari.
B.~~ Anda merasa sakit, lemah, keletihan atau badan yang tidak seimbang. Jika anda mengalami penurunan berat badan secara mendadak pada awal berdiet, ini mungkin diakibatkan oleh kehilangan air yang banyak. Ini disebabkan kekurangan air badan dan juga elektrolit yang terdiri dari sodium, potassium, kalsium dan magnesium. Tanda-tanda kekurangan elektrolit adalah apabila anda mengalami kekejangan dan merasa betis yang agak berat apabila mendaki tangga. Minumlah air yang cukup serta mineral atau garam tambahan untuk mengganti mineral yang kurang didalam badan.
Namun begitu, jika anda merasa sihat dan tidak berlapar, anda sebenarnya tidak mengalami penurunan berat yang terlalu cepat. Jika anda hanya perlu menurunkan berat badan yang sedikit, maka anda boleh melambatkan penurunan berat badan anda dengan menambah sedikit pengambilan karbohidrat supaya anda boleh belajar cara pemakanan yang sihat sebelum memasuki fasa berdiet yang terakhir iaitu fasa pengekalan berat badan.
Tetapi jika anda masih perlu menurunkan berat badan dengan banyak, maka tidak perlu risau dan nikmatilah keadaan dimana anda adalah diantara orang-orang yang bertuah yang boleh menurunkan berat badan dengan senang.
Dengan itu, usah risau.. cara berdiet dengan SD2 adalah selamat.. kerana cara berdiet yang tak perlu berlapar.. Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment