Pernah kah anda merasakan sakit kepala yang keterlaluan yang berlanjutan selama beberpa jam? Atau anda merasa mual atau pening selepas makan telur, kacang atau jagung?
Lapan hingga 12% rakyat Malaysia mengalami migrain dan ramai daripada mereka adalah wanita. Sekurang-kurangnya 60% penderita mewarisi migrain dan 70% dari pesakit migrain mendapat migrain pada satu bahagian kepala sahaja. Penderita migrain juga akan mendapat migrain sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali sebulan.
Apa itu migrain?
Migrain disebabkan pengembangan saluran darah di otak. Biasanya ia bermula dengan rasa kepala berdenyut, diikuti sakit kepala yang amat sangat. Sakit ini biasanya disertai dengan rasa mual, sakit perut, hilang selera makan, muntah dan cirit-birit.
Pesakit mungkin jadi pucat dan merasa seram sejuk. Dia juga akan merasa resah atau lesu. Ada kes-kes tertentu, pandangan jadi kabur dan perit apabila melihat cahaya terang. Sesetengah pesakit menjadi keliru dan tidak tentu arah
faktor fizikal dan stress boleh menjadi penyebab migrain. Oleh itu, elakkan situasi yang boleh mengakitbatkan stres. Namun ada sesetengah wanita yang mempunyai kecenderungan mendapat migrain sebelum kedatangan haid, semasa mengandung dan setelah putus haid kerana perubahan tahap hormon. Perubahan cuaca, kekurangan tidur dan keletihan juga boleh mencetuskan migrain.
Ingin dapatkan alpha lipid,boleh tinggalkan pesanan anda ke 012-8779212..AIMIE
Info :dipetik dari web Jurnal Malaysia
No comments:
Post a Comment