Thursday, August 5, 2010

Boleh kah kita memakan lemak atau makanan bergoreng semasa berdiet SDII ?

Dengan kebenaran Encik Kamarul Nordin.... saya ingin berkongsi info ini bersama2 anda..rakan2 saya yg sentiasa menyokong dan meluangkan masa melawat blog saya :)

Artikel ini adalah petikan yang saya ambil ari Facebook Encik Kamarul Nordin , Pakar Pemakanan SD II :
Saya kerapkali ditanya bolehkah kita memakan makanan berlemak atau bergoreng semasa berdiet SD2 ? Jawapan yang selalu saya berikan adalah ini bukan salahsatu pantang larang ketika berdiet asalkan kita tidak memakan lemak yang tidak baik atau bad fats. Kita kena faham lemak terdiri daripada berbagai jenis yang diantaranya ada yang elok untuk kita makan dan ada diantaranya tidak elok untuk kita makan.
Lemak yang boleh dimakan adalah sebenarnya penting untuk fungsi badan seperti menghasilkan hormone, membina dinding sel tisu badan dan menyimpan tenaga. Lemak selalunya datang dari daging, ikan, ayam, susu, kekacang, bijirin dan minyak yang terhasil darinya dan juga beberapa jenis sayuran dan buah-buahan serta minyak yang terhasil darinya seperti minyak zaitun dan avocados. Dari jenis-jenis lemak atau minyak yang banyak itu, minyak yang tidak elok hanyalah minyak yang dikategorikan sebagai "trans fat" atau "trans fatty acids".

 
Budaya takut makanan lemak sangat keterlaluan sehingga majority orang berfikir semua makan berlemak dan berminyak tidak boleh dimakan dan memikirkan bahawa makanan berlemak inilah yang menyebabkan lemak terkumpul didalam badan. Sebenarnya anda hanya perlu menghidari "trans fat" dan lemak selain itu sangat baik untuk fungsi badan anda.
Jadi apakah trans fat yang perlu kita hindari itu ? Trans fat adalah lemak yang telah dirawat dan boleh didapati didalam kebanyakan makanan yang telah diproses, yang di senaraikan sebagai bahan yang dinamakan" hydrogenated" atau "partially hydrogenated" dari minyak sayuran, jagung, soya, minyak kelapa atau minyak sawit. Walaupun minyak ini berasal dari makanan semulajadi seperti kacang soya atau jagung, tetapi proses kimia yang dikenali sebagai "hydrogenation" merubah minyak ini dari bahan yang baik dan semulajadi kepada bahan yang amat tidak elok untuk tubuh badan kita.Salahsatu contoh "trans fats" adalah "margarine" dan juga jenis-jenis bahan "shortening". Ia boleh menyebabkan pembuluh darah kita tersumbat dan meningkat risiko penyakit jantung dan stroke.
Selalunya masyarakat kita memakan terlalu banyak "trans fat" dan juga minyak-minyak jagung serta sayuran dan kekurangan minyak yang dihasilkan dari ikan, kekacang, bijiran dan avocados. Adalah sangat baik jika kita memakan lemak semulajadi yang tidak diproses samada dari makanan atau supplement tambahan. Jika kita memilih minyak yang telah dibotolkan, pilihlah minyak yang berlebel "cold-pressed" atau "expeller-pressed" seperti minyak zaitun atau minyak flaxseed. Ini adalah salahsatu supplement penting untuk kita makan ketika berdiet.


By : Kamarul Nordin

No comments: