Thursday, August 5, 2010

Boleh kah kita memakan lemak atau makanan bergoreng semasa berdiet SDII ?

Dengan kebenaran Encik Kamarul Nordin.... saya ingin berkongsi info ini bersama2 anda..rakan2 saya yg sentiasa menyokong dan meluangkan masa melawat blog saya :)

Artikel ini adalah petikan yang saya ambil ari Facebook Encik Kamarul Nordin , Pakar Pemakanan SD II :
Saya kerapkali ditanya bolehkah kita memakan makanan berlemak atau bergoreng semasa berdiet SD2 ? Jawapan yang selalu saya berikan adalah ini bukan salahsatu pantang larang ketika berdiet asalkan kita tidak memakan lemak yang tidak baik atau bad fats. Kita kena faham lemak terdiri daripada berbagai jenis yang diantaranya ada yang elok untuk kita makan dan ada diantaranya tidak elok untuk kita makan.
Lemak yang boleh dimakan adalah sebenarnya penting untuk fungsi badan seperti menghasilkan hormone, membina dinding sel tisu badan dan menyimpan tenaga. Lemak selalunya datang dari daging, ikan, ayam, susu, kekacang, bijirin dan minyak yang terhasil darinya dan juga beberapa jenis sayuran dan buah-buahan serta minyak yang terhasil darinya seperti minyak zaitun dan avocados. Dari jenis-jenis lemak atau minyak yang banyak itu, minyak yang tidak elok hanyalah minyak yang dikategorikan sebagai "trans fat" atau "trans fatty acids".

 
Budaya takut makanan lemak sangat keterlaluan sehingga majority orang berfikir semua makan berlemak dan berminyak tidak boleh dimakan dan memikirkan bahawa makanan berlemak inilah yang menyebabkan lemak terkumpul didalam badan. Sebenarnya anda hanya perlu menghidari "trans fat" dan lemak selain itu sangat baik untuk fungsi badan anda.
Jadi apakah trans fat yang perlu kita hindari itu ? Trans fat adalah lemak yang telah dirawat dan boleh didapati didalam kebanyakan makanan yang telah diproses, yang di senaraikan sebagai bahan yang dinamakan" hydrogenated" atau "partially hydrogenated" dari minyak sayuran, jagung, soya, minyak kelapa atau minyak sawit. Walaupun minyak ini berasal dari makanan semulajadi seperti kacang soya atau jagung, tetapi proses kimia yang dikenali sebagai "hydrogenation" merubah minyak ini dari bahan yang baik dan semulajadi kepada bahan yang amat tidak elok untuk tubuh badan kita.Salahsatu contoh "trans fats" adalah "margarine" dan juga jenis-jenis bahan "shortening". Ia boleh menyebabkan pembuluh darah kita tersumbat dan meningkat risiko penyakit jantung dan stroke.
Selalunya masyarakat kita memakan terlalu banyak "trans fat" dan juga minyak-minyak jagung serta sayuran dan kekurangan minyak yang dihasilkan dari ikan, kekacang, bijiran dan avocados. Adalah sangat baik jika kita memakan lemak semulajadi yang tidak diproses samada dari makanan atau supplement tambahan. Jika kita memilih minyak yang telah dibotolkan, pilihlah minyak yang berlebel "cold-pressed" atau "expeller-pressed" seperti minyak zaitun atau minyak flaxseed. Ini adalah salahsatu supplement penting untuk kita makan ketika berdiet.


By : Kamarul Nordin

Amalkanlah Memakan Ikan dan lemak Ikan Semasa BerSD2 :0

::: Hasil perkongsian ilmu dengan En Kamarul Nordin (Facebook) ::::
Untuk memecahkan pemikiran dan budaya masyarakat yang takut makan lemak, maka saya masih terpanggil lagi menceritakan tetang kebaikan memakan lemak dan khasiat mengamalkannya. Salah satu dari lemak yang baik untuk dimakan adalah lemak ikan.


Ketika anda berdiet SD2, anda boleh memakan berbagai-bagai jenis ikan dan ini adalah salahsatu jenis makanan yang tiada had untuk anda makan ketika berdiet. Selain dari membekalkan sumber protien yang baik, ikan juga membekalkan zat makanan yang lain yang penting untuk fungsi badan. Ikan terdiri dari berbagai jenis "texture" dan rasa dan jika anda tidak suka sesuatu jenis ikan maka anda masih banyak pilihan yang lain untuk dicuba.
Ikan juga berbeza dari jenis khasiat makanan tetapi secara umumnya, semua jenis ikan mengandungi kandungan protien, iron, vitamin B, Vitamin E, A dan K. Tetapi mungkin yang lebih penting adalah ikan yang berlemak adalah satu sumber bekalan zat asid lemak omega-3.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang diperlukan badan dan maksud diperlukan disini adalah badan kita sangat memerlukannya tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Omega-3 juga boleh didapati dari minyak canola, walnut, kacang soya, minyak flaxseed dan ikan, tetapi omega-3 yang terdapat dari minyak ikan adalah lebih istimewa kerana ia berhasil untuk melindungi badan dari penyakit salur nadi koronari.
Ini adalah senarai ikan yang disukai ramai dan berapakah jumpa gram omega-3 (berdasarkan dari 6-once yang dimasak, melainkan di tandakan selainnya):
Atlantic Salmon, diternak 3.7g


Atlantic Salmon, liar 3.1g


Sardine (3 ounces) 2.8g


Herring, disalai (3 ounces) 1.8g


Ikan Todak (Swordfish) 1.4g


Omega-3 juga boleh didapati dari ikan tuna, mackerel, belut dan cod.
By : Kamarul Nordin

Adakah Memakan Banyak Daging, Butter dan Cheese Semasa Berdiet SDII Akan Meninggikan Kolesterol ?

Ikuti sesi INFO SIHAT yang saya petik dari facebook En Kamarul Nordin..... Adalah penting untuk kita kenal diri kita supaya kita dapa menjalani kehidupan seharian dengan penuh ceria :)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sebenarnya, apa yang berlaku adalah disebaliknya. Kebanyakan orang yang mengambil pemakanan rendah karbohidrat telah mengalami keadaan LDL yang menurun, yaitu kolesterol jahat yang menyebabkan pengumpulan plaque pada salur darah dan juga penambahan HDL, yaitu kolesterol baik yang diperlukan untuk melindungi jantung kita.
Dan kebanyakan orang yang melakukan diet rendah karbohidrat akan menghadapi penurunan kandungan triglycerides (sejenis lemak didalam darah) yang cepat. Jika kita menjalani diet rendah lemak atau low fat sahaja (selalunya masih mengambil karbohidrat yang tinggi) maka ini tidak sangat membantu kerana kandungan triglycerides akan meningkat dan HDL akan menurun dan ini adalah berlawanan dari apa yang kita perlukan.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita mengalami keadaan triglycerides yang tinggi dan HDL yang rendah adalah petunjuk yang pasti yang kita akan menghadapi penyakit jantung dan stroke. Kajian juga telah menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Diet Rendah Karbohidrat Mengurangkan Kolesterol Jahat Dan Risiko Penyakit Jantung


### Inilah cara diet SD2 yg betul ......
@@@@ Adakah SDII program diet yang berprotien tinggi dan ia akan menyebabkan sakit buah pinggang dan masalah liver ? @@@@


Thursday, July 15, 2010 at 11:19pm


Satu lagi soalan yang sangat popular yang saya selalu ditanya adalah apabila orang ramai mengatakan bahawa cara diet yang memakan rendah karbohidrat ini adalah tidak sihat kerana ia akan merosakkan hati dan buah pinggang. Kadangkala soalan ini datang dari mereka yang terlibat didalam industri kesihatan itu sendiri.


Saya sangat tertarik kerana apabila mereka bertanya soalan seperti ini akan tetapi kenapa pula mereka tidak bertanya budaya cara memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu adakah satu cara pemakanan yang sihat atau tidak ? Adakah mereka faham bahawa kerana terlampau memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu menyebabkan gula berlebihan didalam darah mereka serta badan sentiasa mengumpulkan lemak yang mengakibatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke ? Adakah cara memakan karbohidrat berlebihan itu lebih baik dari cara kita berdiet untuk mengurangkan memakan karbohidrat buat sementara waktu fasa berdiet sahaja ? Jika anda faham permasalahan ini dengan betul maka anda senyum sahajalah kepada doktor anda yang tidak faham itu.
Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa cara program diet SD2 bukanlah cara pemakanan berprotien tinggi tetapi terma yang lebih tepat adalah pemakanan yang rendah karbohidrat. Kedua-dua ini mempunyai makna yang jauh berbeza. Kita kena faham bahawa kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat berlebihan ini hanyalah dalam waktu tempoh yang singkat dalam fasa berdiet sahaja. Namun begitu kita masih mengambil karbohidrat sehingga had yang dibolehkan, memakan protien secukupnya seperti yang disarankan pakar pemakanan, memakan sayuran, memakan asid lemak yang baik serta meminum air yang cukup. Apabila kita sudah mendapat berat yang kita idamkan maka kita boleh merubah kembali cara pemakanan yang mengambil lebih sedikit karbohidrat tetapi tidak lagi kembali pada cara pemakanan yang lama dengan mengambil karbohidrat secara berlebihan. Pada tahap ini anda kena faham bagaimana cara pemakanan fasa mengekalkan berat badan.

Perkara yang kedua yang perlu kita faham bahawa cara pemakanan diet SD2 ini bukanlah apa yang mereka katakan memakan makanan protien yang tinggi. Yang paling tepat adalah kita memakan makanan yang rendah karbohidrat tetapi protien yang kita ambil tidaklah berlebihan. Adakah anda tahu bahawa seorang lelaki yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan sekurang-kurangnya 63 gram protien sehari dan perempuan yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan 50 gram protien sehari sebagai keperluan protien yang cukup untuk kehidupan harian. Source: Food and Nutrition Board, National Research Council, National Academy of Sciences, 10th ed 1989, National Academy. Press: Washington, DC. Apabila kita memakan SD2 sebanyak 2 skup 4 kali sehari maka kita mengambil lebihkurang 41.2 gram protien sehari. Yang selebihnya protien dari makanan dan ini tidaklah berlebihan juga. Adakah ini yang dikatakan cara makanan berprotien tinggi ? Anda boleh beri senyuman yang kedua kepada doktor anda tadi.

Setakat ini , masih tidak ada kajian yang kukuh menunjukkan bahawa cara pemakanan sebegini mendatangkan masalah kepada buah pinggang dan liver kepada orang-orang yang sihat. Beberapa kajian yang telah saya jumpa yang telah dibuat oleh Atkins menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan yang tidak baik berlaku kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kajian pemakanan terkawal rendah karbohidrat samada jangka pendek atau tempoh jangka panjang.

Namun begitu, individu yang telah memang mengalami masalah buah pinggang yang teruk dan terpaksa mengawal setiap pemakanan mereka termasuk juga mengawal meminum air, maka cara diet sebegini memanglah tidak sesuai untuk mereka. Sekiranya anda sakit, maka langkah yang baik adalah pulihkan sakit anda dahulu kemudian barulah berdiet. Ambillah kolostrum Alphalipid atau herba Cordyceps jika anda ingin membaikpulih atau menguatkan buah pinggang anda. Sekiranya anda mempunyai masalah "sluggish atau heaty" liver maka cubalah herba Dandelion dan ambillah herba Milk Thistle jika anda ada masalah "toxic" liver sebagai sumplement tambahan.
By : Kamarul Nordin

RESEPI " ASAM AYAM TUMIS " SD2...

Preparation & Cooking Time
30 minutes Serves ~~ 6 persons
Skill Required ~~ Beginner to Intermediate
WHAT YOU NEED:
~~ A (finely blended)
15 pieces Dried red chilies, soaked

1 ½ tsp MAGGI® Belacan Powder

120g Shallots

2 stalks Lemon grass

3 cloves Garlic

2cm Galangal

1cm Turmeric root

500g Chicken, cut into pieces

1 tablespoon cooking oil

1 tablespoon Assam paste(tamarind pulp) diluted with 1 ½ cups of water and strained

1 stalks Wild ginger flower, finely sliced

2 stalks Lemon grass, crushed


MAKE IT :

A.Heat oil, stir-fry wild ginger flower and lemon grass until aromatic. Add ingredients A and Stir-fry till fragrant.
B.Add in chicken pieces and toss till well coated with spices.
C.Pour in tamarind juice and bring to boil. Simmer over low fire for about 15-20 minutes or until chicken is tender. Season with sugar and salt and then remove from heat.
NUTRITIONAL INFO :

(Per Serving)
Calories 156kcal

Fat 4g

Protein 20g

Carbohydrates 9g

JOM MASAK bersama SDII..

BAKED CREATIVE CHICKEN

Preparation & Cooking Time
30 minutes Serves ~~ 6 Persons
Skill Required ~~ Beginner
What You Need :
500g Chicken pieces/wings
~~ A ~~
2 sachets MAGGI® Kreatif Sauce

1 tablespoon Ginger juice

1½ tablespoon Chilli paste

1½ teaspoon MAGGI® CukupRasa

pepper to taste



~~ Make It ~~



A.Marinade chicken pieces with A ingredients for 2 hours or keep in fridge overnight.


B.Heat oven to 200°C bake chicken pieces for 15-20 minutes and turning occasionally.


C.Garnish and ready to eat…
Nutritional Info (Per Serving)
Calories 114 kcal


Fat 11g


Protein 20g


Carbohydrates 2.5g


Hidangan seisi keluarga di hujung minggu.... MAKAN untuk KURUS!