Wednesday, February 2, 2011

Olive Oil bg yg berSD2....

Olive Oil helps!
Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.

Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.

Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.

Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada olives (zaitun), olive oil, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

BY : KAMARUL NORDIN

No comments: