Saturday, May 7, 2011

Jadual Produk dan Bisnes Presentation Mei 2011


Salam buat semua..
Di sini saya ingin maklumkan sekiranya ada yang ingin mengetahui lebih lanjut pasal produk Alpha lipid dan Slim Diet II bolehlah ke tempat-tempat yang tersebut di atas.. 
Untuk mereka yang berminat nak dapatkan extra income, boleh juga dapatkan tips-tips disana.. Jangan lepaskan peluang hebat ini..
2/5 MON-8:30pm SD Club, Sri Damansara, Selangor
3/5 TUE-8:30pm Seremban, Hotel Sri Malaysia
4/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
5/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Marketing plan)
6/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
7/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
9/5 MON-8:30pm SD Club
11/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
12/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Produk)
15/5 SUN-12pm ROYALTY CONVENTION $$$$$$, Sunway Convention Center
16/5 MON-8:30pm SD Club
17/5 TUE-8:30pm Seremban, Hotel Sri Malaysia
18/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
19/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (System wheel of success)
20/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
21/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
21/5 SAT-3pm SP, Emerald Puteri
23/5 MON-8:30pm SD Club
25/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
26/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Marketing Plan + Motivation)
27/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
28/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
30/5 MON-8:30pm SD Club
Untuk maklumat lanjut SMS/CALL ME:+6012-8779212

Thursday, May 5, 2011

Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?


Berlari atau jogging merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang melibatkan penggunaan otot otot besar seperti peha, betis dan sebagainya dan juga mengakibatkan peningkatan pada kadar degupan jantung.
Berlari akan membantu menambah efisiensi sistem kardiovaskular, yang terdiri daripada jantung, darah dan juga pembuluh darah. Tidak dapat dinafikan, berlari akan membantu meningkatkan tahap kercergasan dan kecergasan, serta membantu mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum.
Dari segi aspek pengurusan berat badan, adakah berlari akan memberi kesan yang baik kepada mereka yang berusaha membakar lemak dan juga menurunkan berat badan?
Ok, sebagai permulaannya, aktiviti aktiviti seperti berlari memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada sumber pemakanan (yang ditukar kepada bentuk tenaga oleh fungsi badan). Bagi mereka yang obese atau yang mengalami masalah berat badan, apa yang diharapkan adalah dengan melakukan aktiviti berlari dan jogging, sumber tenaga akan diperolehi daripada pembakaran lemak yang berlebihan. Lemak lemak berlebihan ini disimpan dalam bahagian perut, paha, lengan dan juga dagu.
Secara teorinya, bahagian lemak yang dibakar akan mengecil dan akan mengurangkan lapisan lemak yang menyelaputi badan. Kesan daripada ini adalah pengurangan pada berat badan.
Walaubagaimanapun, ini tidak semestinya berlaku.
Bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti aktiviti yang menguatkan otot (tidak semestinya pergi ke gim tetapi cukup sekadar mengangkat bebadan sederhana berat seperti dumbbell dan sebagainya. Aktiviti aktiviti ini boleh dilakukan di rumah), senaman berlari yang berterusan akan menyebabkan sistem badan beralih kepada otot (yang lemah) untuk sumber tenaga kerana proses menguraikan otot yang lemah ini lebih mudah.
Otot mempunyai sumber protein yang penting kepada proses metabolisme, yang berfungsi untuk membaiki dan membaik pulih sel sel dalam badan. Protein dalam otot, jika diuraikan kepada bentuk tenaga, akan mengakibatkan otot badan mengecil dan seterusnya menurunkan kadar metobolisme. Kesan negatif akan muncul kerana dengan menurunnya kadar metabolisme, keupayaan badan untuk membakar lemak akan terbantut.
Selain daripada itu, salah satu fenomena yang dilihat oleh mereka yang melakukan aktiviti jogging atau aktiviti aktiviti kardiovaskular yang lain adalah, mereka mengalami kehilangan berat apabila melakukan senaman tersebut secara berterusan, tetapi apabila mereka berhenti daripada melakukannya, berat badan mereka mula naik semula.. Malah, ada yang mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mendapat berat baru yang lebih teruk daripada yang sebelumnya.
Ada dua penyebab kepada fenomena ini. Yang pertamanya adalah seperti yang diterangkan sebelum ini, iaitu disebabkan kehilangan otot yang seterusnya menurunkan kadar metabolisme.
Sebab yang kedua adalah, ‘berat badan’ yang hilang itu adalah air, iaitu komponen penting dalam badan dan bukannya lemak sepertimana yang disangkakan. Penting untuk mengetahui bahawa air adalah elemen penting yang berfungsi membekalkan oksigen dalam proses metabolisme dan juga pembakaran lemak.
Jadi, apakah penyelesaiannya bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan?
Pertama sekali, perlindungan yang secukupnya perlu diberi kepada sel sel otot dengan melakukan senaman senaman berkaitan yang menguatkan otot. Jika menyertai kelab sukan atau gimnasium merupakan pilihan yang mahal, buat sedikit pelaburan untuk membeli sepasang dumbbell, dan juga bangku latihan (bench) yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti senaman otot. Semua ini boleh didapati pada harga kurang RM500.
Dengan menambahkan dan menguatkan sel sel otot, anda akan mengurangkan kecenderungan badan untuk menguraikan protein di dalam otot sebagai sumber tenaga, tetapi sebaliknya akan membakar lebihan lemak yang tersimpan di perut, paha, bahu, lengan dan sebagainya. Anda akan meletakkan diri anda pada landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah berat badan.
Selain daripada itu, senaman otot akan menambahkan sel sel otot yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kajian mendapati bahawa penambahan berat otot sebanyak 0.5 kg akan membantu badan membakar lebihan kalori sebanyak 50 kalori sehari.
Ingat, proses metabolisme ini berlaku sepanjang masa tidak kiralah waktu anda sedang tidur, makan, rehat, menonton wayang atau bekerja. Yang membezakan hanya kadar kelajuan sahaja. Jika anda berjaya meningkatkan kada metabolisme badan, dengan mengawal pemakanan anda dan latihan yang berterusan, percayalah, usaha anda untuk melihat berat badan yang baru akan membuahkan hasil.


Kenapa Karbohidrat Boleh Menggemukkan??


Salam semua pengguna slim diet 2…
 semua wanita nak anggun.. semua wanita nak bergaya terutama untuk suami lah kan.. Jangan pulak kat umah serabai je.. kena lah bergaya baru suami lagi sayang..
Hari ni saya nak cerita apa itu karbohidrat.. Kita pasti selalu dengar orang cakap jangan ambil karbohidrat banyak sangat, nanti boleh gemuk. Sebab itulah ada orang yang berdiet tidak makan nasi serta roti, bagi menguruskan badan mereka. Betul ke karbohidrat boleh menggemukkan?
TERDAPAT dua jenis karbohidrat yang tidak menyihatkan di dalam hidangan kita seharian. Yang pertama adalah makanan manis dan bergula manakala kedua bijirin yang tidak bercambah seperti roti, nasi dan pasta.
Karbohidrat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan jauh lebih baik kerana ia semulajadi tanpa melalui proses pengubahan sebagaimana roti dan gula.
Karbohidrat jenis roti dan gula meningkatkan paras gula dengan mendadak sehingga merosakkan kesihatan manakala jenis sayur-sayuran pula mengurai dengan perlahan memberikan tenaga tanpa merosakkan tubuh.
Gula merupakan keperluan sel dalam tubuh kita. Tanpa gula kita menjadi lemah tidak bermaya. Yang merosakkan tubuh adalah kenaikan paras gula melampau secara tiba- tiba. Apabila kita minum segelas minuman manis, paras gula meningkat dengan tiba-tiba menyebabkan paras hormon, enzim dan transmitter tubuh berada dalam keadaan yang tidak menentu. Lama kelamaan akibat aktiviti tidak menentu ia mudah rosak. Keadaan ini boleh disamakan dengan suis lampu atau peralatan elektrik yang dipetik beribu kali tanpa henti. Sudah tentu ia mudah rosak kerana penggunaannya yang tidak berkala.
Apabila mengambil minuman yang sangat manis atau makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti atau pasta jumlah gula akan meningkat secara drastik di dalam darah. Kita akan berasa bertenaga selama 20 minit. Kelenjar insulin mengesan kehadiran gula dan mula bekerja keras menurunkan kadar gula. Insulin yang banyak akan berkitar di dalam tubuh kita melebih sejam. Pada masa ini paras gula sudah terlalu rendah manakala paras insulin pula sangat tinggi. Ketidakseimbangan membuatkan seseorang menjadi lemah dan lesu. Ini adalah faktor mengapa tubuh kita menjadi letih dan mengantuk setelah beberapa jam makanan makanan manis atau tinggi karbohidrat diproses.
Apabila proses ini berulang setiap hari tubuh kita bagaikan kehilangan signalnya yang semula jadi. Paras hormon metabolik turut terjejas dan akhirnya kita akan menjadi obes yang tidak mudah dipulihkan dengan diet biasa.
Seseorang yang mahu kurus harus mangambil berat fakta sebegini. Metabolik tubuh harus ditingkatkan. Pemilihan makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah adalah faktor terpenting bagi membantu meningkatkan hormon metabolik.
Indeks Glycemic merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sebenarnya merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan dipecahkan menjadi gula dalam darah kita. Lebih tinggi indeks glycemic bermakna lebih cepat makanan ditukar menjadi gula dan memberi kesan buruk kepada tubuh kita.
Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolisma. Kita perlu ingat bahawa senaman bertujuan meningkatkan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, paha dan belakang maka senaman yang baik adalah senaman yang menggunakan otot ini.
Saya mencadangkan senaman otot-otot utama atau Core Muscle Excersize yang mudah dan sangat berkesan. Otot utama kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat.
Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas. Memadai dilakukan di atas tilam atau lantai sahaja. Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang hanya sekitar 20 minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan mengeluarkan hormon serta enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.
Seorang sahabat saya yang juga doktor pakar memberitahu sejak berat badannya meningkat dia berasa sangat tertekan. Senaman dan pengurangan makanan sahaja tidak dapat membantu. Selepas meningkatkan paras hormon dan enzim kehidupannya kembali ceria. ”Dulu senaman pun tak berpeluh namun sekarang berpeluh-peluh,” katanya.
Saya teringat seorang jiran berbangsa Tionghua yang memberitahu bahawa dalam masyarakatnya tubuh yang sihat adalah tubuh yang berpeluh dan panas. Teknik perubatan Cina mementingkan peningkatan metabolisma.
Salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme adalah bersenam secara konsisten sebaiknya di awal pagi. InsyaAllah, apabila metabolisme kita meningkat, berat badan dapat diturunkan dalam masa yang cepat.
Selain daripada itu.. minum lah slim diet 2 untuk mempercepat lagi proses pembakaran lemak anda… Cubalah.. anda tak akan rugi..

Friday, April 15, 2011

Promosi keahlian percuma datang lagi atas permintaan ramai..jom sama2 jana pendapatan dengan shak3 produk newimage...income every month..wow..bestnya..$$$$$$$
Jika berminat hubungilah kami:
Aimie~012-8779212
Khairul~019-8298207
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk pengetahuan anda ALPHA LIPID kini diiklankan di akhbar Utusan Malaysia Jumaat 7hb Januari 2011. Satu IKLAN yang BESAR dua muka surat (page 24 dan 25), mengenai produk Kesihatan ALPHA LIPID LIFELINE disiarkan tajaan syarikat NZ New Image Sdn Bhd. kepada yang ada beli paper tarikh ini tapi tak perasan iklan ni cuba selak balik. Ini membuktikan produk Alpha Lipid adalah produk yang bagus dan InsyaAllah dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Jika produk tidak bagus, pihak syarikat NZ New Image tidak akan berani mengeluarkan iklan ini. Dua muka surat besar pulak tu.

Alpha Lipid Utk Ibu Mengandung & Menyusukan

SEBELUM HAMIL


Wanita2 yang merancang untuk hamil, adalah disarankan minum Alpha Lipid setiap hari agar rahim berada dalam keaadaan kuat dan sihat serta bersedia utk menempuhi tempoh kehamilan yang baik sepanjang 9 bulan. Alpha Lipid juga baik utk kesuburan (persediaan kehamilan).

DALAM TEMPOH KEHAMILAN:

IBU HAMIL

Sepanjang kehamilan, pengambilan Alpha Lipid akan melengkapkan segala zat2 yang diperlukan oleh ibu dan bayi didalam kandungan. Sekiranya anda tergolong dalam golongan wanita yg alah semasa awal kandungan, Alpha Lipid boleh membantu anda utk mengurangkan alahan tersebut. Si ibu juga akan berasa lebih segar dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. Kandungan kalsium yg tinggi boleh mengelakkan sengal2 tulang atau kekejangan otot yg selalu berlaku kepada wanita hamil.Ada juga pengguna mengatakan dengan minum Alpha Lipid semasa hamil, badan akan mantain!!! Tidak naik badan secara mendadak seperti yang selalu berlaku kepada wanita hamil.


SI BAYI

Mengikut pengalaman2 ibu yang minum Alpha Lipid sepanjang mengandung, mereka mengatakan bayi yg lahir kulitnya putih, halus dan gebu (macam colostrum agaknyaaa..)

Bayi juga akan menjadi kelihatan bijak dan matang kerana mendapat khasiat Alpha Lipid yang merupakan brain food yg sangat membantu dalam peningkatan fungsi otak.

Bayi juga akan kelihatan cergas dan mempunyai tulang yg kuat serta rambut yang cantik...insyaALLAH....Disebabkan bayi sudah menerima Alpha Lipid yang mengandungi faktor imun serta antibodi semulajadi sejak di dalam kandungan, kebanyakan bayi yang dilahirkan agak kuat sistem pertahanan badannya, dan sukar utk mendapat sakit kuning/jaundis selepas dilahirkan.


DALAM TEMPOH BERPANTANG

Ibu boleh minum Alpha Lipid sepanjang tempoh berpantang, ibu akan lebih segar dan Alpha Lipid akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman semasa melahirkan. Susu badan juga akan menjadi banyak dan lebih berkhasiat utk diminum oleh bayi. Agen pembakar lemak yg terkandung dalam Alpha Lipid juga boleh membantu ibu langsing kembali seperti sediakala.. 

Banyak sekali fungsi khasiat Alpha Lipid ini, so apa yang anda tunggu lagi. Kalau anda tak lalu untuk minum susu tepung biasa, minum je lah Alpha Lipid (kolostrum)

Kenapa Saya Lapar Semasa Berdiet Dengan SDII

Ramai yang risau bila selera makan bertambah kerana takut nanti tak dapat nak kuruskan badan kalau asyik nak makan je..

Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet dengan Slim Diet 2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.

Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving.Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana ketika berdiet dengan Slim Diet 2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. Insyallah anda pasti dapat turunkan berat badan dengan mengamalkan Slim Diet 2 tanpa perlu berlapar... Cuba lah..